Sunday, October 18, 2009

fikiran aku kaku
entah jauh tenggelam dimensi mana
namun
tidak semestinya otak aku juga kaku

langkah aku juga sayu
cuma bukan mendudu-dudu
harap hati tidak beku seperti bekunya kayu!

moga hati selalu bugar dengan siraman hidayah dari Allah
Assalamualaikum

mengimbau kisah masa kecik-kecik dedulu


Aku dijaga arwah To'ki dan Wan semasa orang lain masuk tadika. Kiranya hari isnin hingga jumaat aku tinggal dengan mereka berdua. Hari hujung minggu, ayah amik aku balik rumah. Pak saudara aku ada juga masa tu rasanya.

Aku selalu dibawa Arwah To'ki dan Wan gi solat kat surau yang tak sampai 30 langkah kaki pun dari rumah To'ki. To'ki bukan la nampak sihat sangat, aku tak pasti To'ki ada penyakit apa. Aku nampak To'ki macam susah sikit nak berjalan. Sakit kaki kot. Tapi , yang aku cukup kagum kat To'ki dan Wan sejak aku kecil hingga saat2 terakhir To'ki pergi, mereka berdua sangat istiqamah solat berjamaah di surau.

Wan pun sampai sekarang gi solat berjamaah di surau. Istiqamah. Rajin puasa sunat. Rajin ngaji Quran. Aku nampak dia sorang yang kuat.

Aku yang masa kecil-dah nama budak kecil kan-kat mana-mana pun mesti buat bising- main-main kat belakang masa orang duk solat. Lepas tu,kena marah dengan sorang pakcik tu.-lani dah Arwah dah.Allah yarhamuk-

Teringat memori itu.

Wan ada cerita baru ni-aku hanya dapat tahu itu pun setelah 3 tahun arwah To'ki meninggalkan kami- yang Atok sangat sayang kat aku. Kalau aku hilang pada pandangan dia, dia akan cepat-cepat tanya pada Wan, putri gi mana? Aku cucu sulung perempuan, of course la disayangi kan? Lebih-lebih lagi, aku cucu first tinggal dengan To'ki dan Wan.

Frankly-sebak masa tulis entri ni, tiba-tiba teringat padanya-air mata dah mula mengalir-.

Ingat lagi, pagi-pagi aku akan gi sekolah (orang lain seusiaku biasanya masuk tadika), tapi satu pagi tu, (ni Wan yang cerita) aku merajuk tahap tak engat! aku suruh To'ki pakaikan kasut untuk aku, kalau tak. aku takkan ke sekolah pagi tu.(Aduhai, bengis juga aku ni.)

Andai aku tahu itu sebelum To'ki pergi, pasti aku akan minta maaf kat dia. Tapi, baru-baru ni je dapat tau.

Masa pagi raya baru ni (setelah solat Eidul Fitri),aku, Wan , sepupu dan Pak sedara gi ziarah kubur To'ki.

Sebak.
Sedih.
Rasa kehilangan.
Sayu.

Masa baca Yasin, aku dan Pak Teh(anak keempat Arwah) aku dah start dah mengalir air mata dan menangis. Tapi, gah nya seorang Isteri (Wan) , dia langsung tak menangis!

To'ki , terima kasih kerana menjagaku sewaktu umurku dalam 6 tahun. Setahun di bawah jagaan Arwah dan Wan.

Aku tinggalkan soalan untuk diri sendiri. *Putri, ko dpt jaga ke Wan ko bila ko dah dewasa nanti*

Ya Allah, peliharalah To'ki di alam sana.

Alhamdulillah To'ki pergi dalam keadaan aku tenang dia pergi menghadap-Nya. berpindah ke alam sana dalam -taat padaNya.-aku juga impikan sebegitu-. Kita juga akan kembali kepada-Nya.

Saat jemari ini menaip , hidung ini dah basah dengan hingus kerana nangis. Ini bukan nangis yang saje-saje. Ini nangis rindu!

Rindu itu anugerah. Walaupun rindu itu kepada orang yang telah pergi..telah pergi jauh..namun kasih sayang dapat dirasai; kerana tubuh itu telah
menyayangi kita seikhlasnya ; sukar dihitung nilai ikhlas. ~hanya Allah bisa membalas~ Manusia always said, "ikhlas itu dpat dirasai." Am I wrong, guys?


* Sama2 kita amalkan dalam doa kita seusai solat fardu, mohon kebahagiaan saudara2 kita yang telah 'pergi' ke sana.. in sya Allah

~~~~

Tu pelik zaman sekarang orang yang duk pukul anak-anak mereka tu? dah pudar kasih sayang barangkali? Mana perginya 'Luqman yang sangat take care anaknya dgn kasih sayang via nasihat-nasihatnya' dalam surah Luqman itu?

Wallahua'lam


~~~

saya dah tak serasi dengan awak setelah 4 tahun bersama. aduh. camne tu..


Wednesday, October 7, 2009

Awal Bicara

Bismillahirrohmaanirrohim..

Alhamdulillah..dpt gak buat blog .. moga dapat melahirkan sesuatu dlm blog ni..

Memulakan niat untuk 'give something' jadi punca blog ni di'create'..

Harapan diri agar Allah memanjangkan usia sy utk mem'post' entries di sini. Amin. Ini doa saya dalam solat-solat saya.

Moga dipanjangkan umur kita untuk buat kebaikan-kebaikan..

Wallahua'lam